Tuesday, November 2, 2010

Hari Keluarga Jubli Perak IPU 2010



Salam Ikhlas Penyeri Ukhuwwah

Alhamdulillah...
IPU yang kita sayangi telah mencecah usia 25 tahun. marilah kita hangatkan sambutannya dengan program kemuncaknya iaitu:

Hari Keluarga Sambutan Jubli Perak IPU!!!Tarikh: 17,18 & 19 hb Disember 2010 (Jumaat, Sabtu, Ahad)
Tempat: Nur Laman Bestari, Hulu Yam, Selangor.
Penginapan : disediakan (berkeluarga / bujang)
Yuran : akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sila 'book' tarikh ini untuk program yang julung-julung kalinya ini.
Walau di mana anda berada, sangat-sangat dialukan hadir.
Ya,

# nun Perlis al Isa Sabu...
# Kedah al ustaz Azizan...
# Pulau Pinang al-Lim Guan Eng...
# Perak az-zambri...
# Kelantan al tok Guru Nik Aziz...
# Terengganu al-Mat Said...
# Pahang al Adnan yaakobi...
# Johor al Ghani Othman...
# Nogori al Mohammad Hassan...
# Selangor al Khalid Ibrahim...
# KL al Dato' Bandari
# Sarawak al Mahmud Taib
# Sabah al Musa Aman...
# Termasuk semua yang berada di seantero dunia

Inilah masa dan ketikanya....

* melepaskan rindu dendam terhadap sahabat-sahabat tercinta...

* menghangatkan kembali kasih sayang yang disemai suatu ketika dulu...

* Menunaikan janji-janji yang belum terlunas...

* Membayar segala hutang2 top up, minyak motor, potostat nota kuliah, dan pelbagai jenis hutang yang masih belum dibayar...

* hatta mencari calon menantu untuk anak teruna atau gadis masing-masing...
 
* dan yang teramat pentingnya menentukan halatuju alumni seterusnya khususnya melalui Koperasi JASA (Ko-JASA) serta matlamat-matlamat lain yang ingin dicapai.

Siapa pun anda sekarang,
YB
Dato'
Datin,
Prof Emiratus,
Yang masih bermukim di UKM (student, tutor, pensyarah dll)
hatta penganggur terhormat,  anda dijemput...

Ya, ia terbuka kepada semua ahli IPU sejak ia mula ditubuhkan 25 tahun dahulu...

Sila sahkan kehadiran anda segera... Sila hubungi :
 
Husni - 019-695 9600 (KP Program)
Din - 019-418 5517 (JK perhubungan)
Natrah - 019-374 4528 (JK Perhubungan)
Ayuni - 019 203 9611 (JK Perhubungan) 
 
Kami nantikan kehadiran anda....
 
Pihak AJK akan update maklumat program ini dari semasa ke semasa .. Jangan ketinggalan untuk masukkan ke dalam diari anda 17,18,19 Disember 2010... 
 
Sekian

No comments: