Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

Ucapan tahniah!



Mungkin tidak terlambat untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Azwan Lazim dan Dr. Farah Harun atas kejayaan dalam menamatkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang kimia pada bulan September 2010.
Dr. Azwan, (graduan ijazah pertama UKM tahun 2001) telah menamatkan pengajian di University of Bristol dan kini sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, UKM.
Dr. Farah Harun (graduan ijazah pertama UKM tahun 2002) telah menamatkan pengajian di University of Nottingham dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Kimia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Semoga lebih ramai lagi graduan fakulti Sains UKM berjaya mendapatkan ijazah PhD selepas ini.
"Umat Islam Sentiasa Boleh"


Thursday, October 7, 2010

The Nobel Prize in Chemistry 2010 - Press Release

The Nobel Prize in Chemistry 2010 - Press Release



Sapa-sapa yang pernah belajar kimia (atau course seumpama dengannya) semasa undergrade pasti fimiliar dengan Heck reaction, Negishi reaction dan Suzuki reaction pasal nama-nama reaction tue agak menarik dan mudah untuk diingat...hihihi...Jadi, tahun ini, pakcik-pakcik di atas yang memperkenalkan reaction tersebut dianugerahkan hadiah Nobel Prize kimia 2010. Reaction tersebut membolehkan lebih banyak ubat "yang mudah diserap badan" dicipta, bahan terbaru dalam pembuatan plastik dan banyak invention lain lagi. Semua reaction di atas diterbitkan dalam journal pada tahun 70-an. Lepas hampir 30 tahun, barulah diorang dapat hadiah nobel prize. Bacaan lanjut, sila klik di sini.

Insya-Allah, mudah-mudahan lepas nie rakyat Malaysia la pulak dapat hadiah tue...Amin

Friday, January 15, 2010

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM NELAZAHAR JUNAIDI (2004/2005)

Salam'alaik. Sedekahkan al-fatihah kepada sahabat kita, nelazhar junaidi yang telah kembali ke rahmatullah asar semalam (14/1/10). ( Ayuni Azlan, FB 150110)

 

ASSALAMUALAIKUM, HANYA ALLAH YANG TAHU BAIK BURUK AHKIR HIDUP SESEORANG, DOAKAN SAHABAT KITA NEL YANG DAH TIADA MOGA ALLAH TEMPATKAN DIA DIDALAM GOLONGAN YANG SOLEH. AMEEN (Ahmad Fitri Abdul Malek, FB 150110)

 

Salam'alaik. sedekahkan al-fatihah buat sahabat kita, nelazhar junaidi yang telah kembali ke rahmatullah selepas asar semalam (14/1/10). muga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan digolongkan dalam golongan orang2 soleh. ameen...

Buat pengetahuan semua, arwah Nel adalah shbt seperjuangan di FST, classmate sy, same grup discussion selama 3 tahun, sekolej masa di Zaaba n KIAM. Seorang yg sgt teruja dgn gerak kerja ISlam dan jemaah kerana baru mndpt peluang di sini, UKM dan semenanjung. .. Apabila kembali ke Sarawak, aktif dgn AIC (Anwar Ibrahim Club) kerana mgkin kawasannya PAS masih tdk aktif.(Natrah, e-JASA, 150110)

Alfatihah di atas pemergian sahabat yang akan sentiasa dikenangi... Nelazahar Junaidi (x-FST batch 2004/2005 (SNFAT_DYA, YM, 150110)
ameen...ALFATIHAH..(Siti Zaniza Tohar, FB, 150110)

Innalillah..Al-fatihah.. (Kimone AlKindi, FB, 150110)
Al-fatihah..xleh tahan air mata ni..rapat dengan si Nel ni..selalu gurau2 di bilik PMF...dia xsempat aprove ana punye request untuk jd kawan facebook dia...Ya Allah..sedihnyee  (Raz Ismail, FB, 150110)
  
Moga Allah tempatkan dia di kalangan orang soleh..amin (Mustafa Udah, FB, 150110) 

Wednesday, January 13, 2010

Salam. 

Sahabat2 yang dikasihi sekalian, bagi meringankan penderitaan sahabat kita Nel Azahar Junaidi, sudilah kiranya disalurkan sedikit sumbangan berbentuk kewangan. 

Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun CIMB Noor Ayuni binti Ahmad Azlan : 12150004800207. Sumbangan yang telah dimasukkan mohon dimaklumkan kepada Ayuni di No tel : 019-2039611 beserta jumlah yang disumbang. Syukran jazilan.

Segala sumbangan yang dikumpul kemudiannya akan diberikan kepada Puteri Syazana untuk disampaikan kepada Nel.