Thursday, October 21, 2010

Ucapan tahniah!



Mungkin tidak terlambat untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Azwan Lazim dan Dr. Farah Harun atas kejayaan dalam menamatkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang kimia pada bulan September 2010.
Dr. Azwan, (graduan ijazah pertama UKM tahun 2001) telah menamatkan pengajian di University of Bristol dan kini sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, UKM.
Dr. Farah Harun (graduan ijazah pertama UKM tahun 2002) telah menamatkan pengajian di University of Nottingham dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Kimia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Semoga lebih ramai lagi graduan fakulti Sains UKM berjaya mendapatkan ijazah PhD selepas ini.
"Umat Islam Sentiasa Boleh"


1 comment:

zafwah said...

terima kasih azman..doakan agar sedikit pengalaman dan setitik ilmu yg diperolehi ni dpt digunakan kejalan yg Allah sukai..