Showing posts with label Penyakit dan Perubatan. Show all posts
Showing posts with label Penyakit dan Perubatan. Show all posts

Friday, November 26, 2010

Bahasa Bayi! : Adakah benar Bayi Berkomunikasi melalui Tangisan?

Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya.

Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis.

Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat,

kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.

Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya

dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis.

Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'.


Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut,

penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.

Kalaulah seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis,

tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan

kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak,

tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik ini telah

diaplikasikan oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+  bangsa seluruh dunia.


9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.

70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya

mengenalpasti teknik ini.

2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan

dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.

Anda tak percaya?


Salah seorang dari ibu tersebut telah membuktikan

fakta ini dengan menggunakan rakaman video anaknya sendiri.

Nak tengok? KLIK SINI

Monday, October 18, 2010

Tidak wujud sakit kanser di zaman Firaun



Satu kajian menarik dari seorang Egyptology (orang yang mengkaji mesir) telah ditulis dalam Journal of Nature baru-baru ini. Walaupun kehidupuan zaman Firauan agak primitif, tapi mereka bebas dari penyakit kanser. Pada 200 tahun lepas, penyakit kanser pun jarang-jarang berlaku. Zaman sekarang, penyakit kanser merupakan penyakit yang sangat biasa dan merupakan pembunuh terbanyak selepas sakit jantung.


Mungkin rumusan yang boleh dibuat ialah orang zaman dulu lagi sihat dari zaman sekarang kerana tidak mudah dijangkiti penyakit dan barah walaupun zaman teknologi perubatan zaman sekarang jauh lebih hebat dari zaman dulu...


Artikel dari Journal of Nature yang ditulis oleh Roslie dan David tersebut boleh didapati melalui url dibawah: